RX Water

RX Water by DND – Unik Suci Berkesan

https://youtu.be/fz-hd75qXY0

Kelebihan dan Keistimewaan RX Water by DND

RX-WATER adalah jenis AIR HIDUP BERAKALI (pH>8.0) yang BERMINERAL yang telah lama berada dalam pasaran iaitu semenjak tahun 2003 lagi. Ia dicipta dan diasaskan oleh doktor perubatan Prof Dato Dr Noordin Darus yang juga bekas PESAKIT KANSER DARAH STAGE 4 yang kini telah pulih sepenuhnya sejak tahun 2003. Beliau memformulasi RX Water setelah mendapat ILHAM bahawa punca penyakitnya ialah daripada AIR yang beliau MINUM selama ini.

Setelah mengkaji dari pelbagai aspek, Dr Noordin mendapati bahawa AIR adalah PUNCA kepada kebanyakan masalah kita mengalami perlbagai jenis penyakit dan kesakitan kerana seharian kita akan minum air. Ini adalah kerana 70% daripada sel-sel tubuh kita terdiri daripada AIR!. Tidakkah kita perhatikan, air yang bagaimana kah telah kita minum selama ini? Mengapa air kini tidak lagi SELAMAT?

Kerana AIR yang kita minum sekarang akan bermula dari PENCEMARAN di sungai-sungai dimana terdapat bermacam NAJIS dibuang ke dalam sungai itu sebelum ia tiba ke EMPANGAN AIR & diPROSES di LOJI-LOJI AIR yang menyalurkan kepada anda untuk di MINUM!

Tonton video ringkas ini

RX Water by DND berkonsepkan SAMAK iaitu, menyucikan air yang anda minum!

Kebanyakkan JENAMA lain mengatakan bahawa PRODUK mereka HALAL. Namun, istimewanya RX Water by DND ini adalah, bahawa PRODUK DND BUKAN SAJA HALAL malah AIR yg dikeluarkan oleh Penapis Air Rx Water adalah BERSIH, SUCI & HALAL di MINUM sebab ada TANAH LIAT BERKALSIUM yang ada dalam KATRIJ ke 4 yang BERTINDAK sebagai MENYAMAK AIR yang anda MINUM! Bukankah penggunaan TANAH LIAT adalah salah satu cara untuk membersihkan NAJIS BERAT? Pastinya ia jauh lebih bersih.

Kami sangat yakin dan percaya bahawa penapis air yang dikatakan hebat diluar sana pun tidak ada KONSEP TANAH LIAT ini dalam katrij mereka. Rx-Water sajalah SATU-SATUnya penapis air di dunia yang ada dan telah diPATENKAN diluar negara oleh penciptanya Prof Dato Dr Noordin Darus yang mengunakan konsep sulingan secara samak atau disertu ini.

Sebagai tambahan, teknologi Bamboo Qun akan menambahkan rasa yang lebih sedap kepada air tapisan RX Water ini.

RX Water by DND ini juga berfungsi secara 2 dalam 1 iaitu sebagai MINUMAN dan untuk KESIHATAN dalam masa yang sama.

Jenama lain hanya untuk tujuan minuman sahaja samada untuk AIR SEJUK/ PANAS/SUAM…Itu pun anda akan mendapat AIR REVERSE OSMOSIS YANG KOSONG TANPA MINERAL. Air yang BERMINERAL, bukan saja BERSIH, SUCI, SIHAT & SELAMAT diMINUM malah anda mendapat AIR PENAWAR SEMULAJADI untuk MEMBANTU menjaga KESIHATAN anda sekeluarga. Ia juga dapat MENCUCI & MEMBERSIH semua jenis makanan dengan bertindak membunuh BAKTERIA, KULAT, VIRUS, ANTIBIOTIK, HORMON PEMBESARAN, MENGHILANGKAN BAHAN PEWARNA & PENGAWET dan lain lain yang terkandung dalam Makanan Bahan Mentah anda spt sayuran, buahan, ikan, ayam, daging & sebagainya. RX Water by DND akan menjadikan MAKANAN dan BAHAN MENTAH anda bersih, selamat dimasak & dimakan!

Pernah kah anda MENGALAMI PERUT MEMULAS & CIRIT-BIRIT malah juga banyak kes di sekolah dimana anak anak kita mengalami keracunan akibat makanan yang beracun dan tercemar?

Puncanya adalah dari makanan bahan mentah yang tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul oleh pihak kantin sekolah MALAH menggunakan AIR PAIP BERKLORIN pula untuk membersihkan makanan tersebut !!

Tahukah anda kesan air berklorin terhadap kesihatan kita?

Mengikut satu artikel bertajuk HEALTH EFFECTS OF CHLORINE IN DRINKING WATER ada menyebut seperti berikut:

“The chlorine used to reduce the risk of infectious disease may account for a substantial portion of the cancer risk associated with drinking water. Chlorination of drinking water was a major factor in the reduction in the mortality rates associated with waterborne pathogen.

These concerns about cancer risks associated with chemical contamination from chlorination by-products have resulted in numerous epidemiological studies. These studies generally support the notion that by-products of chlorination are associated with increased cancer risks.

Chlorine is used to combat microbial contamination, but it can react with organic matter in the water and form dangerous, carcinogenic Trihalomethanes”

Seterusnya, keistimewaan lain RX Water ini adalah ia akan KEKALKAN KESEGARAN MAKANAN. Dengan menyimpan makanan mentah (sayur, buah, ikan, daging) yang telah direndam atau dibasuh dengan air berOzon menjadikan makanan tersebut tahan sekali ganda dari dibasuh dengan air biasa. Ia menjadikan makanan lebih segar dan tahan lama.

Gunakan air Rx-Ozone untuk MEMBASUH & MEMBILAS botol susu anak, sudu, garfu, pisau, ‘cutting board’ (papan pemotong) untuk sterilize dari kuman dan dijamin jauh lebih selamat.

4 Ciri atau Kriteria RX Water yang diterangkan oleh DND melalui video ini.

https://youtu.be/prSgLKNwPCo

KONSEP D.I.Y. – MENJIMATKAN MASA & WANG ANDA

Jenama lain perlu kepada ejen/pekerja HQ datang untuk mencuci penapis air anda sebab produk mereka besar & merumitkan.

Produk kami memenangi 2 kali MALAYSIA GOOD DESIGN AWARD pada tahun 2005 (1st Model) & 2010 (model sekarang) sebab ia praktikal:

  • MUDAH PASANG
  • MUDAH ALIH
  • MUDAH SERVIS

Jadi anda boleh lakukannya sendiri.

Anda tidak perlu risau kerana produk ini adalah PRODUK DIY ie. siap pasang dan servis sendiri dan yang paling mudah dalam pasaran penapis air di Malaysia semenjak tahun 2003 lagi.

Kami percaya anda pun boleh memasangnya sendiri dan anda boleh tonton video cara pemasangan + servisnya di link ini.

Kesimpulannya Apakah itu RX Water?

Air penawar semulajadi
Air bebas kotoran yang bertenaga untuk mengembalikan keseimbangan di dalam badan
Menggunakan konsep samak (sertu)
Mengekalkan kesegaran
Menghasilkan air yang suci dan berkhasiat
Dikuasakan dengan Teknologi Penapisan Qnergi
Ciri-ciri keselamatan yang tinggi & jimat tenaga
Tangki simpanan air tahan karat & anti-bakteria makanan

Ciri-ciri Utama Rx Water :

✅ Sedikit beralkali (pH 7.6 – analisis oleh Sirim) – oleh itu air yang ditapis oleh Penapis RxWater membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan.

✅ Mengandungi antioksidan – ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda

✅ Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis RxWater – mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis RxWater mengandungi oksigen yang tinggi

✅ Penggunaan sinaran infra merah semulajadi – membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan

✅ Merangsang metabolisma tubuh – melalui penghasilan ‘Aura’ sewaktu proses penapisan

✅ Mempunyai sifat air yang terbaik dan membantu menguatkan daya ingatan

✅ Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient

✅ Air yang ditapis dengan penapis RxWater juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan

✅ TIADA KESAN SAMPINGAN – penggunaan penapis Rx-Water membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik

✅ Pusingan air lawan jam berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah

✅ Penapis Rx-Water juga menyamak air untuk memastikan kesuciannya

✅ Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser iaitu Dr Noordin Darus

✅ Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis RxWater ini adalah buatan tempatan

✅ Penapis RxWater ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat

✅ Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruang – kerana saiz  penapis RxWater yang kecil

✅ Dijamin halal – kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja

KEUNIKAN Rx WATER :

⭐⭐ Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun yang pertama seumpamanya di Dunia dan dipatenkan oleh Worldwellness Network – Ia diadaptasikan dari teknologi zaman Dinasti Ming pada tahun 1486 yang menyimpan air yang diambil dari perigi Diraja dan disimpan di dalam Buluh khas. Zat bio-aktif Buluh adalah 10 kali ganda lebih kuat dari Arang kayu atau Arang Tempurung. Air yang tersimpan ini menjadi begitu bersih & selamat kerana agen bio-aktif Bamboo-Qun ini ‘hidup dengan memakan bakteria’. Di samping ianya memberi rasa sedap dan Tenaga FIR semulajadi kepada Air

⭐⭐ Biominex Beads pula mengion & mengalkali Air dan menghasilkan pH air dari 8 ke 8.5 di samping Activated Carbon yang menyerap bau-bauan, warna & bahan toksik seperti Klorin

Teknologi Crystal Ball mewujudkan Pemindahan Tenaga & pengaktifan penyembuhan semulajadi

Ini The All New Rx Water Ozon. Mempunyai 2 jenis air iaitu

Air rx water

Air rx ozon

Fungsi Rx-Ozon : 

The All New Rx-Water bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.

One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat .

Antara fungsi-fungsi Rx-Ozone ini ialah:

* Air padat Ozon bertindak 3000X lebih kuat dari Klorin (tanpa bahaya seperti Klorin).

* Menghilangkan kotoran, bahan kimia, racun, bakteria & Virus. Ia bertindak sebagai sterilizer yang kuat tetapi selamat

* Menghilangkan bau, bahan pengawet, RACUN KULAT & RACUN SERANGGA pada Sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan2 lain (dengan merendamnya ke dalam air padat Ozon). Racun pada Sayur-sayuran & Buah-buahan adalah antara penyumbang utama pada pelbagai jenis Kanser.

* Pensteril botol bayi (jangan lagi basuh botol bayi dengan air mendidih, kononnya untuk bunuh kuman, sebaliknya kita membebaskan bahan Biosphine A, sejenis komponen petroleum dari bahan botol tadi yang berbahaya pada Bayi untuk jangka panjang), mensteril peralatan dapur, gigi palsu, contact lense, berus gigi, sudu, senduk & garfu, sinki, mainan kanak-kanak, lantai, akuarium dan tub mandi.Sesuai digunakan di Spa, menghilangkan bau ‘hancing’ pada lantai bilik air selain boleh diguna untuk merendam pakaian bagi menghilangkan bau hapak & kotoran pada pakaian.

* Air Rx-Ozon juga boleh digunakan untuk perawatan muka yang berjerawat,berjeragat, menyembuhkan kudis, luka, jangkitan kulat pada kulit sepertipanau, atheletes foot, kurap.

* Bagus untuk digunakan untuk berkumur-kumur bagi menyembuhkan sakit tekak, bisa2 dari luka2 dalam mulut dll.

Ini Dispenser Hot & Cold.

Kelebihan dispenser ini ialah :

* Air yg bermineral

* Air Beralkali (ph max 8.5)

* Mempunyai 2 suhu iaitu :

   – Panas (90’c)

   – Sejuk (-4’c)

* Mempunyai 4 kartrij dan setiap kartrijnya ada jangkahayatnya  iaitu :

Kartrij 1 : Setiap 6 bulan

Kartrij 2 : Setiap 12 bulan

Kartrij 3 & 4 : Setiap18 bulan

Dispenser ini dipasang dan dihantar oleh Technicion bertauliah kami direct ke rumah tuan / puan.

Harga RX Water, RX Water Ozone dan Hot & Cold Table Top Dispenser

Untuk Pembelian atau Pertanyaan Lanjut, Klik Jom Wasap

RELATED ARTICLES
1 year ago
2 years ago
4 years ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!