Gerd

Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah penyakit kronik pada sistem pencernaan.

Tanpa kita sedari, dalam pemakanan kita yang pedas dan berasid ianya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem pencernaan kita.

Simpton pedih ulu hati atau GERD ini sering dialami oleh mereka yang suka kepada makanan jenis yang disebut di atas.

Secara ringkasnya, Dr Noordin Darus telah menerangkan dalam video beliau diatas, sebab-sebab terjadinya masaalah GERD ini. Iaitu, apabila asid dalam perut mengalir semula ke atas kerongkongan atau saluran esofagus kita yang menyebabkan rasa payau dan pedih di tekak.


Apabila makan, makanan akan disalurkan dari mulut ke perut melalui tiub dipanggil esofagus. Pada penghujung esofagus iaitu sebelum bukaan perut, ada satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter esofagus bawah (LES).
Sekiranya fungsi LES terjejas atau otot esofagus menjadi lemah, sfinkter (pencerut) tidak dapat tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid dan kandungan dalam perut naik semula (refluks) ke dalam esofagus.

Maka boleh dirumuskan bahawa GERD berpunca dari cara pemakanan atau gaya hidup yang menjejaskan struktur dalaman perut. Ia umpama luka atau keradangan yang boleh menyebabkan peyakit yang lebih kronik jika tidak diubati atau dicegah segera.

Asid perut mempunyai pH yang hampir sama dengan asid bateri. Apabila asid perut terkena esofagus dan ada kalanya naik semula ke mulut, ia akan menghakis saluran ini dan menyebabkan kesakitan.

Kesan GERD ini boleh mengganggu produktiviti kehidupan, mengganggu tidor dan menyebabkan kemurungan.

Oleh itu, marilah kita lebih cakna dengan gaya hidup dan pemakanan kita.

Antara saranan Dr Noordin Darus pemakanan yang perlu diamalkan adalah:

1. Pengambilan APPLE CIDER VINEGAR sebelum makan pagi.

2. Betaine hydrochloride.

3. Sacha Inchi Oil

4. Vitamin D3K2

5. FiberUp

6. RX 18 (mild)

7. RX 20 (kuat)

RELATED ARTICLES
1 year ago
5 months ago
6 months ago
11 months ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News
1 year ago
5 months ago
6 months ago
11 months ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago