Tekanan Darah Tinggi

Apabila jantung anda berdenyut, darah akan dipam ke dalam rangkaian saluran darah bagi tujuan dibawa ke seluruh badan. Tekanan darah (blood pressure – BP) dihasilkan apabila daya terjadi daripada penekanan darah pada dinding arteri. Apabila tekanan darah melebihi julat yang selamat, ia dikenali sebagai tekanan darah tinggi, atau hipertensi. Manakala jika sebaliknya, ia dikenali sebagai tekanan darah rendah.

Badan kita boleh menaikkan atau merendahkan tekanan darah (blood pressure) melalui beberapa mekanisma yang dikawal oleh jantung dan buah pinggang.

Apa yang berlaku jika tekanan darah anda tinggi adalah jantung akan berdenyut dengan lebih laju atau kerap untuk meningkatkan aliran darah. Tatkala ini, arteri akan mengecil untuk memaksa darah mengalir dalam ruang yang sempit. Maka vena atau urat akan mengecut untuk memaksa darah masuk ke dalam arteri.

Semasa tekanan darah rendah, jantung tidak berdenyut dengan kencang atau kerap maka arteri dan vena akan melebar.

Maka apabila terdapat peningkatan tekanan darah yang sementara (contohnya, semasa anda memecut/berlari atau berasa marah), salah satu mekanisma badan anda akan dicetus untuk bertindak balas terhadap perubahan dan memastikan tekanan darah anda kekal di tahap yang normal. Apabila tekanan darah anda berada di tahap tinggi pada jangka masa yang panjang, anda berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yang serius.

Apa yang perlu anda lakukan jika anda mengalami tekanan darah yang sentiasa berada pada paras yang tinggi walaupun dalam keadaan rehat? Tentunya ada sesuatu yang tidak kena yang menjadikan jantung anda berdenyut laju tanpa ada apa-apa keperluan secara fizikal.

Kenal pasti bacaan tekanan darah anda sepertimana yang diterangkan dalam video Dr Noordin di atas agar anda tidak merasa tertekan dengan bacaan yang nampaknya seperti tinggi.

Antara nasihat DND, untuk mengambil bacaan tekana darah, elok dibuat awal pagi dan malam. Formula yang boleh digunakan adalah, jika bacaan atas dicampurkan dengan bacaan bawah kurang dari jumlah 250, maka ianya masih lagi boleh diterima dan anda tidak perlu risau lagi. Namun jika bacaan atas dan bawah melebihi 250, berdisiplinlah dalam amalan DND Diet anda dan ambil separuh dos ubat jika anda sudah diberikan ubat oleh doktor. Jika anda tidak menjaga diet, boleh ambil dos penuh ubat anda. Amalkan pengambilan Sacha Inchi Oil, Fiber Up dan vitamin D3K3 dengan konsisten.

Bacaan tekanan darah terdiri daripada dua set nombor yang dipisahkan dengan garis condong (slash), seperti 120/90 mmHg (mmHg dibaca sebagai milimeter merkuri). Nombor pertama dipanggil tekanan darah sistolik, yang merujuk kepada tekanan yang berlaku apabila jantung mengecut. Nombor kedua ialah tekanan darah diastolik, yang merujuk kepada tekanan apabila jantung mengendur di antara denyutan.

Jika tekanan darah tinggi, ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit antara yang kerap ialah kesihatan jantung anda. Antaranya jantung jadi membesar dan masalah buah pinggang akibat kegeseran. Tekanan darah juga memburukkan masaalah Diabetes juga.

Tonton video dibawah. Dr Noordin Darus akan menerangkan sebab tekanan darah anda boleh naik tinggi dan apa pemakanan yang boleh anda ambil untuk menjaga tekanan darah anda secara alami.

Secara kesimpulan dari video di atas, antara saranan DND jika anda mengalami tekanan darah tinggi adalah, terutamanya dengan menjaga diet dan pemakanan anda. Amalkan DND Diet dengan konsisten. Seterusnya dicadangkan mengamalkan berpuasa. Samada puasa sunat 2 hari seminggu dan juga puasa malam. Makan malam sebelum pukul 6-8 malam dan sebelah malam jangan makan lagi.

Seterusnya kawal stress anda. Belajar untuk kawal stress anda. Kemudian jaga vitamin D3K2 atau amalan dedah kepada matahari pagi agar kalsium dalam badan boleh ditingkatkan.

Mengenai pemakanan, dicadangkan pengambilan yang tinggi potassium untuk meredakan ketegangan dan tinggi magnesium untuk mengelakkan vessel cramp.

Antara makan yang elok adalah ubi kentang, ubi keledek, salmon, lentil, pisang, tomato, pea soup, green pea atau balck pea. Juga buah orange, carrot dan oat cereal.

Akhir sekali DND mencadangkan cara pernafasan yang betul. Rujuk video diatas. Tenangkan fikiran anda.

Produk DND yang sesuai:

Sacha Inchi Oil >> Klik sini

Fiber Up >> Klik sini

Vitamin D3K2 >> Klik sini

Hubungi DND Partner untuk maklumat lanjut cara pembelian.

RELATED ARTICLES
1 year ago
2 years ago
4 years ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!