RX Salt

RX Salt by DND – Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa, Rx-Salt Memang Lebih Istimewa!

Sodium – sering disebut sebagai garam – terdapat di hampir semua yang anda makan dan minum.

Ia berlaku secara semula jadi dalam banyak makanan, ditambahkan pada makanan lain semasa proses pembuatan dan digunakan sebagai agen perasa di rumah dan restoran.

Untuk beberapa waktu, sodium dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, yang menyebabkan kerosakan pada saluran darah dan arteri anda apabila meningkat secara kronik. Pada gilirannya, ini meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang.

Dengan pengambilan Rx-Salt, ia dapat menambah zat (vitamin & mineral) yang diperlukan oleh tubuh bagi menampung kekurangan yang mungkin telah lama ‘tiada’ dari dalam tubuh anda. Penggunaanya amat penting sekali terutama bagi kes-kes yang kritikal.

Garam bukan saja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam dan di luar sel. Kebanyakan garam datang dari makanan sementara setengahnya dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan Kronik.

Rx-Salt adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang ditapis menggunakan Air Rx-Bina Semula (Rx-Water) dan kemudiannya dikeringkan.

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang
Bario terletak di kawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam bario kemudiannya dibalut dengan daun-daun pokok pain.

Garam Buluh
Adalah menjadi tradisi di Korea dimana buluh digunakan sebagai bahan perubatan yang penting dengan pelbagai kegunaan iaitu tunggul, akar dan daun-daun. Garam buluh dibuat dari garam air laut, dimasukkan dalam batang buluh yang berusia lebih dari 3 tahun dan dibakar berulang sebanyak 3, 6 atau 9 kali pada suhu 900’C hingga 1500’C untuk mengeluarkan logam-logam berat dan toksin. Keseluruhan proses mengambil sekurang-kurangnya satu bulan. Garam buluh ini memberikan garam mineral organik beralkali dan menyediakan 70 hingga 80 elemen dan mineral penting.

Keunikan Rx-Salt :
Mengandungi lebih dari 70 bahan mineral dan khasiat penting (terutama Boron).
Mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.
Ia mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP atau sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan) yang tinggi.
Ianya mempunyai pH beralkali (10.5) yang amat baik untuk tubuh kita yang berasid.
Kandungan tenaga dalaman (Qi) yang tinggi.

Kebaikan :
Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisma sel-sel.
Aktiviti antibakteria ,dan membersih darah.
Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkan toksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihan di dalam badan dengan pantas.
Menggalakkan imunisasi dan membantu merendahkan tekanan darah.
Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis dan baik untuk melawan penyakit gusi.
Membantu masalah alahan, masalah penghadaman, artritis, gout dan pelbagai penyakit lain.
Membantu penuaan sebelum masa, penyakit-penyakit kronik dan kanser.
Mengelakkan alahan tekak dan hidung serta penyakit trakea.
Mencantikkan kulit.

Cara Penggunaan Rx-Salt:

Anda perlu minum Rx-Water sekitar 2.5 liter sehari. Setelah minum 0.5 liter Air Rx-Water ketika bangun daripada tidur.

Sila minum 4 kali lagi air Rx-Water (0.5 liter) bersama-sama Rx-Salt seperti yang dicadangkan dibawah ini;

Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water.

Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water.

Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water yang keempat..

Rx-Salt (secalit jari manis) atas lidah dahulu + doa + 0.5 liter Rx-Water.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Rx-Salt ini sebagai garam di dalam menu masakan harian anda.

Boleh disapu pada muka dan calitkan pada hidung bagi individu yang mempunyai masalah resdung terutama ketika anda kerap bersin.

RELATED ARTICLES
1 year ago
5 months ago
6 months ago
11 months ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News
1 year ago
5 months ago
6 months ago
11 months ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago
1 year ago